Pernah tak korang stres bila tong sampah dekat dapur cepat berbau busuk, berulat, dan berair sebab sisa sisa lauk? Kalau korang nak selesaikan masalah ni buat selama-lamanya, jawapannya adalah dengan menggunakan food waste composting machine (mesin kompos sisa makanan).
Zaman sekarang, teknologi dapur dah makin canggih. Mesin pengomposan ni bukan je boleh hilangkan bau busuk sampah, tapi dia boleh tukarkan sisa lauk pauk korang menjadi baja organik yang sangat subur untuk tanaman dekat rumah. Yang paling best, kerajaan Malaysia sekarang tengah bagi insentif “durian runtuh” untuk sesiapa yang beli mesin ni!
Dalam artikel Info Semasa kali ni, min akan kongsikan senarai food waste composting machine yang paling berbaloi untuk pasaran Malaysia, berserta info penting pasal pelepasan cukai yang korang wajib tahu.
Berita Baik: Pelepasan Cukai Individu Sehingga RM2,500!
Ini sebab utama kenapa mesin ni tiba-tiba laku keras dan selalu kehabisan stok. Tahukah korang, Kerajaan Malaysia menawarkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 untuk pembelian mesin kompos sisa makanan domestik atau food waste composting machine!
Insentif cukai ini adalah sah untuk pembelian yang dibuat antara Tahun Taksiran 2025 hingga 2027. Syaratnya sangat mudah:
- Mesin tersebut mestilah untuk tujuan kegunaan isi rumah (domestik).
- Korang hanya boleh buat tuntutan (claim) pelepasan cukai ini sekali sahaja dalam tempoh tiga tahun tersebut.
Jadi, alang-alang nak beli mesin untuk senangkan urusan dapur, korang boleh jimat cukai LHDN pada masa yang sama. Pastikan korang simpan resit pembelian tu elok-elok. Korang boleh rujuk portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk semak panduan lengkap e-Filing bagi pelepasan gaya hidup hijau ini.
Composting Machine vs Food Waste Grinder Machine
Ramai yang masih confuse dan ingat kedua-dua mesin ni benda yang sama. Biar min terangkan beza dia supaya korang tak tersilap beli:
- Food waste grinder machine: Ini adalah mesin pengisar yang dipasang lekat dekat bawah singki (sink insinkerator). Dia cuma kisar hancur sisa makanan dan terus flush buang ke dalam saluran paip air pembetungan. Ia tak hasilkan baja dan tak semua rumah sesuai pasang benda ni sebab takut paip tersumbat.
- Food waste composting machine: Sebuah food waste composting machine adalah mesin stand-alone (macam rice cooker atau air fryer). Letak je atas meja dapur. Dia guna haba panas, bilah pemotong, dan penapis karbon untuk keringkan serta proses sisa tersebut menjadi serbuk baja organik (kompos) yang kering dan 100% tak berbau.

Senarai Sisa Makanan Yang Boleh Dikompos
Sebelum kita tengok model apa yang best, korang kena tahu apa benda yang boleh dimasukkan ke dalam mesin ni. Secara umumnya, ini adalah senarai sisa makanan yang boleh dikompos:
- Sisa sayur-sayuran dan buah-buahan (kulit pisang, kulit epal, batang sayur).
- Sisa makanan yang dah dimasak (nasi lebih, mi, roti tamat tempoh, sisa daging).
- Kulit telur dan serbuk kopi/teh.
- Tulang-tulang kecil yang lembut (seperti tulang ayam dan tulang ikan).
- Nota: Tolong elakkan dari masukkan tulang lembu yang keras, cengkerang kerang/siput, atau pembalut plastik!
3 Pilihan Utama Untuk Pasaran Malaysia (Edisi 2026)
Berdasarkan tinjauan di pasaran tempatan, ini adalah 3 pilihan model food waste composting machine yang paling trusted, berkualiti tinggi, dan memenuhi bajet untuk claim cukai LHDN maksimum:
1. FOODCYCLER ECO3 (Terbaru & Paling Cekap)
Jenama FoodCycler dari Kanada ni memang pakar dalam teknologi sisa makanan. Model ECO3 adalah versi upgrade terbaru yang sangat dinanti-nantikan di Malaysia. Ia boleh mengurangkan isipadu sampah dapur korang sehingga 90% secara automatik!
- Kapasiti: 3.5 Liter (Sangat ngam untuk keluarga 4-6 orang).
- Kelebihan: Sistem operasi automatik satu butang (kering, kisar, dan sejukkan). Sangat senyap dan didatangkan dengan sistem penapis bau (carbon filter) yang power supaya dapur bebas bau busuk.
- Anggaran Harga: Sekitar RM1,980
2. FOODCYCLER [FC-30] (Kompak & Praktikal)
Ini adalah model “abang” kepada ECO3 dan sangat laku keras sejak mula dibawa masuk ke Malaysia. Model FC-30 ni reka bentuknya berbentuk sedikit bersegi dan lebih kompak, sesuai sangat kalau ruang meja dapur (countertop) korang terhad.
- Kapasiti: 2.5 Liter (Sesuai untuk keluarga kecil atau pasangan muda).
- Kelebihan: Menggunakan Dual Carbon Filters (dua penapis karbon) untuk jaminan tiada bau langsung. Masa pemprosesan antara 4 hingga 6 jam sahaja.
- Anggaran Harga: Sekitar RM1,780 – RM2,380 (Selalu ada diskaun Flash Sale).
3. Electrova Food Waste Disposer EcoWaste Master (Paling Berbaloi)
Jangan keliru dengan nama “disposer” dia, mesin dari jenama Electrova ni sebenarnya berfungsi sebagai pengompos elektrik (countertop) dengan kemasan luaran Matt Black yang sangat nampak mahal dan eksklusif.
- Kapasiti: 3 Liter Tangki dram dalaman yang luas dan mudah diangkat.
- Kelebihan: Didatangkan dengan ciri UV Hygiene (cahaya UV untuk basmi kuman) dan rekaan satu klik mudah buka (One Click Open). Paling penting, harga dia jauh lebih murah berbanding jenama antarabangsa lain!
- Anggaran Harga: Sekitar RM1,329 (Masa harga promosi).
Kesimpulan
Pelaburan membeli food waste composting machine ni memang nampak agak “keras” pada awalnya. Tapi, bila difikirkan balik yang korang boleh claim pelepasan cukai sehingga RM2,500, sebenarnya korang ibarat dapat mesin ni secara percuma dari kerajaan! Bukan je dapur korang akan sentiasa bersih dari masalah lalat dan cecair busuk sampah, malah korang dapat baja organik free untuk pokok-pokok bunga dekat rumah.
Pilihan min? Kalau korang nak spesifikasi paling moden dan muat untuk isi rumah yang ramai, angkat terus FoodCycler ECO3. Tapi kalau korang mencari pilihan bajet yang nampak mewah di dapur, Electrova EcoWaste Master adalah pembelian yang sangat bijak.
Kalau korang berminat nak baca review barangan rumah yang sangat berbaloi macam ni, pastikan korang rajin-rajin jenguk kategori Pilihan Terbaik Info Semasa kami.